Bengkel Tiny Techies : Microbit
| Tarikh | : 2 Ogos 2025 |
| Masa | : 10:00 pagi – 11:00 pagi |
| Lokasi | : NADI Pekan Damak |
| Peserta | : 2 Orang |
Tujuan :
- Memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas pengaturcaraan dan penggunaan peranti Microbit dalam aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi. peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran digital, mengasah kreativiti serta mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah secara inovatif. membina minat terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan, dan praktikal selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.
Aktiviti :
- Pengenalan kepada peranti Microbit dan fungsinya.
- Asas pengaturcaraan blok menggunakan MakeCode.
- Aktiviti praktikal: mengawal lampu LED, butang, sensor dan bunyi.
- Latihan membina projek mudah menggunakan Microbit.