| Tarikh | : 28 Oktober 2025 (Selasa) |
| Masa | : 11.00 pagi – 11.45 pagi |
| Lokasi | : NADI Pekan Damak |
| Peserta | : 1 Orang |
Tujuan :
- Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan tentang kepentingan perlindungan hak harta intelek, khususnya cap dagangan (trademark) dalam memastikan identiti dan jenama perniagaan mereka dilindungi secara sah. Ia membantu peserta memahami proses pendaftaran cap dagangan, faedah undang-undang yang diperoleh, serta langkah-langkah mengelakkan isu peniruan dan penyalahgunaan jenama di pasaran.
Aktiviti :
- Pengenalan kepada konsep cap dagangan dan harta intelek
- Kepentingan melindungi jenama perniagaan
- Proses pendaftaran cap dagangan di Malaysia (MyIPO)
- Hak dan tanggungjawab pemilik cap dagangan
- Jenis-jenis pelanggaran dan cara mengatasinya
- Contoh kes sebenar tentang isu jenama dan pelanggaran cap dagangan
