| Tarikh | : 28 Ogos 2025 |
| Masa | : 10:00 pagi – 11:00 pagi |
| Lokasi | : NADI Pekan Damak |
| Peserta | : 18 Orang |
Tujuan :
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang pelbagai program, dasar, dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kelas ini bertujuan membantu peserta memahami manfaat, peluang, serta saluran sokongan yang tersedia agar mereka dapat memanfaatkan bantuan atau kemudahan dengan lebih berkesan.
Aktiviti :
- Pengenalan kepada dasar, polisi dan inisiatif utama kerajaan
- Penerangan mengenai program bantuan dan sokongan masyarakat
- Penjelasan tentang peluang pendidikan, latihan, dan pembangunan ekonomi
- Informasi berkaitan kemudahan digital serta transformasi kerajaan
- Peranan rakyat dalam menyokong dan memanfaatkan inisiatif kerajaan
