Bakul Kasih Ramadhan dari Madrasah Nur Irsyad yang disediakan oleh wanita penduduk Kampung Damak untuk diserahkan kepada penerima yang tidak berkemempuan. Semoga dengan sedikit bantuan dapat meringan beban penerima.

Wanita komuniti Kampung Damak menghadiri majlis ilmu bersama ustazah jemputan pada bulan februari 2023 bertempat di Masjid Kampung Damak

Wanita Kampung Damak tadarus Al-Quran di Masjid Kampung Damak setiap hari jumaat pagi bersama Ustazah.

Wanita Kampung Chengkuak, Damak membuat bacaan Surah yassin setiap hari Jumaat 9.00 pagi di Surau Al-Ikhlas.
Program Maulidurrasul di Surau Kampung Belukar, Damak Jerantut Pahang
Sedekah berupa makanan kepada komuniti di tapak pekan sehari Kampung Damak pada setiap hari Jumaat.
Wanita Kampung Damak mengadakan majlis khatam Al-Quran di surau Kampung Chengkuak Damak pada 20 mac 2019 (rabu) pada jam 2:30 petang sehingga 4:00 petang.
Seramai 26 orang peserta wanita Kampung Damak mengikuti kursus penghasilan sos cili dan sos pencicah tanpa bahan pengawet. Kursus ini bertempat di Tadika Perpaduan Kampung Damak lama pada jam 11 pagi bertarikh 14 februari 2019 (khamis). Kursus ini di anjurkan […]
Wanita Kampung Damak dan AJK surau mengadakan majlis khatam Al-Quran pada 2 januari 2019 bersamaan dengan hari rabu bertempat di Surau Al-Irsyad Kampung Chengkuak, Damak. Antara aktiviti yang dijalankan disurau seperti gotong-royong masak dan juga majlis khatam Al-Quran. Seramai 27 […]
Persatuan wanita Kampung Damak mengadakan program lawatan ke pameran Artifak Rasulullah S.A.W. pada 20 disember 2018 (khamis). Program ini diadakan sempena penutupan tahun akhir program. Seramai 44 orang yang menyertai lawatan ini.