mcmc
Persatuan Wanita

Majlis ilmu muslimah di adakan di Masjid Kampung Damak pada 6 novembber 2018 pada hari selasa bermula jam 8 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Ceramah disampaikan oleh ustazah Madihah dengan bertajuk “Ciri-ciri Wanita Syurga”. Seramai 73 orang muslimah yang hadir […]

Persatuan Wanita

Persatuan wanita mengadakan majlis khatam Al-Quran di surau Kampung Chengkuak Damak. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. pada 10 september 2018. Apabila selesai majlis khatam Al-Quran jamuan makan disediakan juga. 

Persatuan Wanita

Perjumpaan usahawanita produk Glowing Skincare di Jerantut Hill. Perjumpaan suai kenal dengan founder bersama agen-agen yang berdekatan sambil mendapat ilmu tambahan mengenai cara untuk berniaga dan menambah pendapatan.

Persatuan Wanita

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Kampung Damak mengadakan mesyuarat pada setiap hari khamis jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi di Pusat Sri Damak, no. 13, kedai 2 tingkat, pusat pertumbuhan desa Damak.

Persatuan Wanita

Aktiviti bulan jun 2018, wanita Kampung Damak mengadakan tadarus dan khatam Al-Quran dan gotong-royong memasak untuk Iftar Ramadhan.

Persatuan Wanita

Aktiviti bulan mei 2018, para wanita penduduk Kampung Damak mengadakan gotong-royong membuat sambal hitam untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Damak pada bulan Ramadhan ini. 

Persatuan Wanita

Aktiviti bulan April ini, Wanita Kampung Damak mengadakan gotong-royong menghias surau, membuat sambal hitam, sedekah dadih ke setiap sekolah tabika kanak-kanak dan juga lawatan ke rumah orang tua yang kurang upaya.

Persatuan Wanita

Setiap hari jumaat para wanita akan membuat air dan memberi minum secara percuma kepada para jemaah selepas solat jumaat. Program ini telah bermula sejak awal tahun 2018. 

Persatuan Wanita

Kelas mengaji Al-Quran di adakan di surau Kampung Chengkuak, Damak pada setiap hari isnin dan selasa bermula jam 3:00 petang sehingg 5:00 petang setiap minggu. Kelas ini pada mulanya di adakan di Pusat Pertumbuhan Desa Damak, tetapi telah berpindah tempat […]

Persatuan Wanita

Wanita-wanita Kampung Damak & Kampung Chengkuak membersihkan surau dan menggantikan karpet yang baru di Surau kampung Chengkuak, Damak pada 6 januari 2018. Aktiviti membersihkan surau bermula selepas Zohor sehingga waktu Asar. 

1 2 3 4