| Nama | : Qiesya Qistina |
| Umur | : 18 tahun |
| Ahli | : 30 Disember 2024 |
Latar Belakang
Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Damak. Umur beliau kini 18 tahun. Beliau juga seorang yang mudah belajar dan sangat meminati pembelajaran komputer. Beliau mula belajar komputer sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau hanya mempunyai asas dalam menggunakan komputer dan tidak mahir menggunakan aplikasi komputer dan internet. Beliau hanya pandai menggunakan telefon pintar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kelas yang diadakan di NADI Pekan Damak, beliau telah pandai dalam menggunakan komputer dan pandai dalam menggunakan internet dengan betul. Selain itu, beliau sudah boleh menaip surat dan edit gambar menggunakan Microsoft Office untuk kemudahan yang akan datang. Beliau juga sudah pandai menggunakan canva untuk membuat resume. Selain itu, NADI juga memberi pelajar pinjaman netbook dan tab untuk latihan dan kemudahan beliau.


