| Tarikh | : 24 Oktober 2025 (Jumaat) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : NADI Pekan Damak |
| Peserta | : 8 Orang |
Tujuan :
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko keselamatan siber ketika menggunakan kemudahan digital di tempat awam seperti WiFi percuma, komputer awam, dan peranti mudah alih. Ia memberi pendedahan mengenai cara penjenayah siber mencuri data serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi maklumat peribadi dan akaun digital daripada digodam.
Aktiviti :
- Pengenalan kepada keselamatan siber dan ancaman di tempat awam
- Jenis-jenis serangan siber seperti phishing, malware, dan sniffing
- Risiko penggunaan WiFi awam tanpa perlindungan
- Kaedah mengenal pasti laman web dan aplikasi tidak selamat
- Langkah pencegahan dan amalan keselamatan digital harian
