| Tarikh | : 23 Oktober 2025 (Khamis) |
| Masa | : 3.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : NADI Pekan Damak |
| Peserta | : 3 Orang |
Tujuan :
- Membantu pelajar Tingkatan 3 meningkatkan penguasaan dalam subjek Bahasa Melayu melalui pendekatan pembelajaran interaktif dan berfokuskan teknik menjawab soalan peperiksaan. Ia juga memberi peluang kepada pelajar memperkukuh kemahiran menulis, bertutur, dan memahami teks bagi menghadapi pentaksiran dengan lebih yakin.
Aktiviti :
- Penerangan format dan komponen utama Bahasa Melayu Tingkatan 3
- Latihan tatabahasa dan struktur ayat yang betul
- Teknik menjawab soalan karangan dan pemahaman
- Perkongsian tips dan strategi menjawab peperiksaan
