| Tarikh | : 14 Ogos 2025 |
| Masa | : 3:30 petang – 4:30 petang |
| Lokasi | : NADI Pekan Damak |
| Peserta | : 3 Orang |
Tujuan :
- Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep asas dan aplikasi sains melalui sesi pembelajaran yang lebih interaktif dan mudah difahami. Membantu pelajar menguasai topik penting dalam mata pelajaran sains, mengukuhkan asas pengetahuan, serta memberi peluang kepada mereka untuk bertanya dan berbincang secara terus dengan tenaga pengajar. Dapat memupuk minat terhadap bidang sains, menggalakkan kemahiran berfikir kritis, serta meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam peperiksaan.
Aktiviti :
- Penerangan Konsep Asas Sains – memahami teori dan prinsip penting.
- Pembelajaran Topik Mengikut Silibus – fokus kepada bab utama dalam kurikulum.
- Contoh Eksperimen / Demonstrasi – penerangan berbentuk praktikal untuk memudahkan pemahaman.
- Latihan Soalan & Perbincangan Jawapan – menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan.
- Sesi Interaktif – pelajar boleh bertanya soalan terus kepada tenaga pengajar.
