| Tarikh | : 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
| Masa | : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari |
| Lokasi | : NADI Pekan Damak |
| Peserta | : 4 Orang |
Tujuan :
- Meningkatkan kesedaran pengguna terhadap risiko penipuan dalam urus niaga atas talian yang semakin berleluasa. Ia memberi panduan tentang cara mengenal pasti laman web dan peniaga palsu, langkah-langkah keselamatan semasa membuat pembelian, serta tindakan yang perlu diambil jika menjadi mangsa penipuan digital.
Aktiviti :
- Pengenalan kepada penipuan dalam pembelian atas talian
- Jenis-jenis penipuan e-dagang yang biasa berlaku
- Tanda-tanda amaran laman web dan penjual palsu
- Cara membuat transaksi dalam talian yang selamat
- Saluran aduan dan bantuan jika ditipu
- Tips keselamatan digital dan pengurusan maklumat peribadi
