| Tarikh | : 30 Ogos 2025 |
| Masa | : 4:30 petang – 5:30 petang |
| Lokasi | : NADI Pekan Damak |
| Peserta | : 2 Orang |
Tujuan :
- Mendidik peserta mengenai cara melindungi diri ketika menggunakan internet dengan lebih bijak dan berwaspada. Kelas ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber seperti penipuan, kecurian data, dan serangan digital, di samping membimbing peserta mengamalkan langkah pencegahan yang berkesan.
Aktiviti :
- Pengenalan kepada konsep asas keselamatan internet dan tanggungjawab pengguna digital
- Pendedahan tentang jenis ancaman siber seperti penipuan dalam talian, phishing, dan kecurian data
- Cara mengenal pasti laman web, aplikasi, dan pautan berbahaya
- Panduan melindungi maklumat peribadi serta penggunaan kata laluan yang selamat
- Kepentingan autentikasi dua faktor dan kawalan akses akaun digital
