mcmc
Keselamatan

Scam Tawaran Kerja Atas Talian

AWAS: PENIPUAN KERJA SAMBILAN ATAS TALIAN!
Modus operandi terbaru penipuan kerja sambilan kini semakin berleluasa. Scammer menawarkan pekerjaan mudah seperti:
“Like video”, “Follow page”, “Review produk”

Sekiranya ditawarkan Kerja mudah + Gaji tinggi, Syarikat minta deposit atau Platform tak rasmi & mencurigakan ia antara tanda-tanda SCAM!

Perkongsian

JSJK PDRM: KOMISEN TAK DAPAT, SIMPANAN HAMPIR RM100,000 LEBUR di pautan https://www.facebook.com/share/p/19zz7bMnkK/

Lindungi Diri Anda – Amalkan Konsep 3S *
Soal: Semak kesahihan tawaran kerja sebelum bertindak.
Sekat: Jangan kongsi maklumat peribadi atau perbankan anda.
Sebar: Maklumkan kepada rakan-rakan dan pihak berkuasa untuk mengelak lebih ramai menjadi mangsa.

Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Ingatlah: Jika tawaran kerja nampak terlalu bagus untuk jadi kenyataan, besar kemungkinan ia adalah penipuan! Pastikan anda sentiasa berwaspada. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa.

Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1183260610660699&set=a.349238197396282

FB : Amaran Scam