Potassium
POTASSIUM: MINERAL KECIL, KESAN BESAR PADA JANTUNG DAN OTOT
Potassium atau kalium ialah sejenis garam mineral yang diperoleh daripada makanan harian. Ia penting untuk fungsi otot, saraf dan rentak jantung.
Namun, paras potassium dalam darah tidak boleh terlalu rendah dan tidak boleh terlalu tinggi.
Apabila terlalu rendah, seseorang boleh mengalami rasa terlalu lesu, otot lemah atau kejang, loya, muntah dan rentak jantung tidak sekata.
Apabila terlalu tinggi pula, risikonya juga serius, terutama kepada pesakit buah pinggang kronik dan pesakit dialisis.
Ini kerana buah pinggang berperanan mengawal paras potassium dalam badan. Jika fungsi buah pinggang merosot, potassium boleh terkumpul dalam darah dan menyebabkan komplikasi berbahaya.
Sebab itu, nasihat “makan banyak makanan tinggi potassium” tidak sesuai untuk semua orang.
Bagi individu sihat, makanan seperti sayur, buah, kekacang dan sumber makanan semula jadi lain boleh membantu melengkapkan keperluan potassium harian.
Tetapi bagi pesakit buah pinggang, pesakit dialisis atau mereka yang mengambil ubat tertentu, pengambilan makanan tinggi potassium perlu ikut nasihat doktor atau pakar diet.
Potassium penting. Tetapi keseimbangan lebih penting.
Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1466588302169330&set=a.615205943974241
FB : Public Health Malaysia