Adakah Gula Makanan Kanser?

Kesihatan | 5 February 2026

“Kalau Kena Kanser, Wajib Pantang Gula 100% Supaya Sel Kanser Mati Kebuluran?”

Ini mitos paling popular. Ramai pesakit sanggup tak jamah nasi, tak makan buah, semata-mata takut “bagi makan” pada kanser. Akhirnya, badan susut, tenaga hilang, dan tak larat nak lalui rawatan kimoterapi.

Betul ke Gula tu makanan rasmi Kanser?

Fakta Sains (Yang Anda Perlu Faham):

1. Semua Sel Guna Gula (Glukosa):
Bukan sel kanser je, tapi sel otak, sel jantung, dan sel otot anda SEMUANYA perlukan glukosa untuk hidup. Jika anda potong 100% karbohidrat, sel sihat pun akan lemah.

2. Musuh Sebenar Ialah “RINTANGAN INSULIN” & OBESITI:
Kaitan gula dengan kanser adalah TIDAK LANGSUNG.
Bila anda makan gula berlebihan -> Berat badan naik (Obesiti) -> Berlaku “Rintangan Insulin” (Insulin Resistance).

Bila berlaku rintangan, badan terpaksa bekerja keras menghasilkan insulin semulajadi secara BERLEBIHAN (Hyperinsulinemia) untuk kawal gula. Keadaan hormon badan yang “huru-hara” dan radang (inflammation) inilah yang merangsang sel kanser.

NOTA PENTING UNTUK PESAKIT DIABETES:
Jangan salah faham! Suntikan Insulin yang doktor beri adalah PENYELAMAT nyawa untuk kawal gula dalam darah. Yang bahaya adalah keadaan “Rintangan Insulin” akibat obesiti, BUKAN ubat insulin tersebut. Teruskan makan ubat ikut jadual!

Jadi, Apa Patut Buat?
JANGAN pantang buah-buahan atau nasi secukupnya.
PANTANG “Gula Tambahan” (Added Sugar) & Kawal Berat Badan. Elak Obesiti, elaklah risiko kanser.

Gula pasir dalam teh tarik tu musuh. Tapi gula asli dalam buah epal tu kawan. Jangan pukul rata.

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=1358973919597436&set=a.615205943974241

FB : Public Health Malaysia