Kita selalu dengar orang takut ketinggalan (FOMO). Tapi jarang kita tahu, ada orang yang sebaliknya mereka takut diajak. Inilah FOBI.
Bayangkan bila nama dipanggil dalam mesyuarat. Orang lain rasa dihargai, tapi bagi mereka jantung berdegup kencang, tangan berpeluh, fikiran kosong. Jemputan makan-makan bersama kawan pun boleh jadi tekanan, bukan kegembiraan.
Orang dengan FOBI biasanya
1. Lega bila tidak diajak.
2. Cemas bila nama disebut
3. Cari alasan untuk elak jemputan.
4. Selesa duduk di belakang.
5. Suka jadi pemerhati senyap.
6. Rasa “overthinking” selepas bersosial
7. Lebih suka jadi “silent reader”.
8. Takut komitmen sosial
9. Cepat penat bila bersama ramai orang.
10. Rasa terperangkap bila tak boleh elak jemputan
Implikasinya besar
FOBI boleh buat hubungan sosial renggang dan perlahan-lahan mereka hidup dalam isolasi. Dari luar nampak tenang, tapi di dalam mereka berperang dengan anxiety yang tak difahami orang lain.
Dan bila orang sekeliling tak faham, mereka terus dilabel sombong, dingin, atau tak pandai bersosial.
Jadi persoalannya
Mana lebih berat ditanggung?
FOMO – resah bila tertinggal.
FOBI – cemas bila diajak.
Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=1240172831477546&set=a.615205943974241
FB : Public Health Malaysia
