mcmc
Kesihatan

Kaedah Kencing Yang Betul, Tapi Ramai Tak Sedar

Kencing bukan sekadar rutin ia ada cara yang betul. Tapi ramai tak ambil kisah, hingga tanpa sedar mendatangkan masalah seperti jangkitan, buasir atau pundi kencing lemah.

Cuba semak semula tabiat anda:

Jangan tahan kencing terlalu lama.
Bila kerap tahan, pundi boleh terlatih untuk ‘simpan’ air terlalu lama ini bahaya.

Jangan meneran.
Biarkan aliran keluar sendiri. Meneran boleh menekan otot lantai pelvis dan bawa risiko prolaps atau buasir.

Duduk atau berdiri dengan selesa.
Posisi yang betul bantu pundi kosongkan diri sepenuhnya.

Tenangkan diri. Jangan tergesa-gesa.
Kencing bukan perlumbaan. Tarik nafas, beri ruang untuk pundi bekerja secara semula jadi.

Pastikan pundi betul-betul kosong.
Jika terasa masih ada baki, tunggu seketika dan cuba semula. Ini penting untuk elak jangkitan.

Bagi wanita, lap dari depan ke belakang.
Ini asas tapi ramai lupa untuk elak bakteria dari dubur masuk ke saluran kencing.

Tak perlu ubah banyak pun, cukup mula perlahan-lahan. Tabiat kecil yang sihat hari ini, boleh lindungi organ dalaman anda bertahun lamanya.

FB : Public Health Malaysia

Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=1190103226484507&set=a.615205943974241