Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibu bapa. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ianya bukan penyakit berjangkit. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.
Pesakit talasemia perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan talasemia di fasiliti kesihatan berhampiran.
Selamat Hari Talasemia Sedunia.
Link : https://www.facebook.com/photo?fbid=1099481015547234&set=a.221890943306250
FB : Kementerian Kesihatan Malaysia