mcmc
Kesihatan

Sindrom Kepala Udang

Tengah scroll telefon tu, cuba perasan posture korang sekarang. Menunduk kan?

Tahukah anda, purata kepala manusia beratnya sekitar 5kg (macam sebiji bola bowling). Tapi, bila anda menunduk 60 darjah untuk tengok skrin telefon, tekanan pada tulang leher meningkat mendadak menjadi 27kg!

Bayangkan ada budak darjah 2 gayut kat leher korang waktu tengah reply WhatsApp. Itulah beban yang tulang leher korang kena tanggung.

Kalau biar lama-lama, jangan pelik kalau muda-muda dah dapat:

1. Text Neck Syndrome (Otot tegang kronik).
2. Tulang belakang bongkok (Dowager’s Hump).
3. Jari kebas sebab saraf leher terhimpit.

Langkah penyelesaian, angkat telefon tu setaras mata (Eye level). Jangan tunduk, biar tangan yang lenguh, jangan leher yang barai,

Link : Facebook